Followers

Saturday, August 4, 2012

Lamenye

Hmmmmmmmmmmmmm.... Lamanya tak mgarang2 kat blogger ney...byk btoi sarang yg bersawang kat sini yea....cian.... Hmmm pose kah kalian semua??????? Harap cukuplah yea...mlm ney dew cikit kelapangan pasal lepak tgok suasana mlm dgn adik dew (nana) hehehehe die teman pasai kuh ney penakot sowang2 heheheheheh... Lame gila tak lepak kat luar asyik kerja jew..sekali lepak tgok mlm ney wah aman jew.... Dok sambil ditiup angin yg sempoi hehehehe kuh rasa lapang sekali...sesekali timbul gak perasaan yg kuh rasa ....... Tp semua tue perasaan yg allah bg tiap manusia tuk kita rasa nikmatnye... Kuh akui semakin kuh mningkat usia kuhpaham pew tue kematangan ...kepada sahabat kuh terimaksih kerna sudi mdengar segala keluahan biar pun kuh sering abaikan kamu...hehehehehehe dgn alasan bz bz bz bz..alhamdulilah sahabat kuh memahami keadaan kuh...syukur kerna kau ya allah bei kuh sahabat yg baik........tp mlm ney bukan isu pasal sahabat tp pasal kuh... Agak2 ko owg pew ye?...hmm mlm ney kuh tringat zaman dulu kala...agak nakal,agak degil,keras kepala...kelakar dew ..myampah ada...bila lepak tmpat mcm ney mulalah terlayan layan fikiran tue...heheheheh pew die yue rahsia hati kuh... Pew yg kuh nak coret lg pun kuh tak taw..yg kuh taw lepak mlm ney mmg terbaik...... Tuk kalian kuh rindu anda semua....mmmmuuuuuuaaaahhhhhhhhhhhhhh......

Sunday, January 15, 2012

mak oh mak..


"tak dew tak lawa barang ssh nak dpt,cri yg len" mak yg kata
"tak dew tak dew mau gak lawa smart unik" kuh yg berkata..
hakhakhakhakhakhak mak oh mak..
dgn mak la tempat kuh luahankan segalanya,biar pun bkn sepenuh tapi die tetap akn phm pew yg berlaku pd kuh serta adik2 kuh yg len..
dgn mak la tempat kuh tarik muka masam,dgn mak la tempat kuh bergadoh tak kira pew jua isu tetap membangkitkan isu itu jadi "hot"...tak kira la isu adik2 kuh kew..kesudahan kami akn gelak...e2 yg serik berlaku...
ape yg kuh mahu share kat sini adalah semalam...
ketika kuh leka duduk di loteng mak menghampir kuh...sambil berkata "lawakan bulan"
kuh tersenyum melihat....mak terus duduk disisi kuh sambil bercakap "mak tak sngka dah anak2 mak semua dan dewasa,maka akn tinggalkan mak "
kuh blur "maksud mak"
umur anak2 dah cukup dewasa tuk kamu semua pikir mase depan,
kuh sekadar mengelengkan kepala ...
kami diam tuk seketika...
kuh memegang tgan mak "mak mcm mane kita nak hadapi ari yg sukar"
mak kata " tak sukar kalo kita mempunyai teman yg cukup phmkan,tak kira pew yg owg pikirkan tntang jahat,tak baik,yg negatif sekali pun,1 ari pasti dew "yg memahami ate kak" bila?siapa? itu mak tak mampu jawab ...kamu yg ptt berserah dan tnye pd diri...
jgn dew kekesalan kemudian..dlm mencari jodoh bukanlah mudah...pew yg berlaku sebelum nie semua sudah allah tulis tuk diri kita...dan pew yg berlaku semua kenangan wat kamu...andai kita gagal dlm perhubungan sebelumnya itu takdir dan bukan jodoh serta buang sejauh yg mngkin..seelok doakan terbaik...mak dah terlalu awal makan garam dari kak mak taw pew yg terjadi pd kak..mak tak kisah asalkan akk taw baik dan buruk..dan jodoh tak kira cepat atau lmbt mak tetap restu..asalkan mak tutup mak dew yg mampu menjaga anak yg gedik ney (smbil tarik pipi kuh)...
akhirnya kami berpelukan akhir nya kuh paham pew mak cuba bagi taw pd kuh ....
mak insyaalllah diizinkan allah akk akn wat yg terbaik wat mak.....


doa kuh wat mak " ya allah izinkan memberi kesengan dunia akhirat(amin)

Saturday, January 7, 2012

=)

Sedingin embun yang menumpang di hujung rumput… sesekali terkena panahan mentari, sekilas tersilau bak berlian… “Siapalah kamu aduhai embun… hadir tidak disedari… pergi tidak diendah… hidup cuma menumpang… sebelum dikeringkan…”

Pilunya menjadi sang embun… namun… tanpa kilauan dan kedinginanmu wahai embun… dunia akan sentiasa bergleora dengan terik panas pancaran mentari yg tidak tahu damainya sebuah kedinginan…

Wednesday, December 28, 2011

coret kuh tuk kalian...




lame ...lame...lame...lame...
kuh tak mgarang ..huhuhuhu maklumlah kuh bz sejak2 ney & asyik tk chat jew...(berubah cuaca kot)...
ko owg semua pew cerita yea..mesti byk cerita yg menarikkan...
lagi 2 ari masuk thun baru so pew AZAM ko owg????
mesti dew kan....
mcm kuh ada 2 azam tuk thun baru ney..pew die???
nak taw...heheheheh mula sekali kuh mau dew aset tuk diri kuh (rumah or kereta) kedua kuh mahu tunaikan janji pew die hanya maha esa yg mengerti heheheh..
mcm thun lps kuh dah laksanakan azam kuh e2 tuk berhijab alhamdulilah dgn allah kuh mampu lakukan hingga kini...
dan kuh mohon kuh dpt laksanakan zam kuh tuk thun depan....
2011 mmg byk yg kuh lalui tak kira pahit manis semua kuh dah rasa e2 yg mematang kuh ......byk yg myedarkan kuh dari semua aspek...
ha... soal thun baru umur pun baru gak hehehehehe makin dewasalah kuh ney...
kepada sahabat yg sudah mendirikan masjid & bertunang & dapat baby tahniah kuh ucapkan...moga bahagia dunia akhirat hendaknya=)

bebelan kuh = selamat datang tahun 2012...

Friday, October 28, 2011

bunga ros







ceh wahhhh...

kadang kala kuh try sesuatu yg len


hehehehehehehehe

hasilnya

Monday, October 17, 2011

kerinduan...

betoi betoi mengamitkan KERINDUAN kuh kepada si Dia
keRINDUAN yg payah kuh dapat...
Meronta Ronta KUH mahukannya...
Bilakah kuh akan kembali ke TANAH HARAM (MAKKAH)
bila datang rindu mcm nie mulalah kuh meronta ronta mahu kembali,suasana amatlah berbeza berbanding di malaysia dan di tempat yg len..(ko owg patu ke sana).. cara solat,rasa percakapan(sudah semestinya),perniagaan, serba serbi berbeza...
sana kuh lebih tenang berbanding disini..tiada mimpi yg ngeri,tidak masalah yg kuh pikir semuanya aman dan tenang memang disanalah kedamaian yg kuh cari..
insyaallah kuh akan kembali ke sana lg...(go go go kumpul wangnya)

Sunday, October 16, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, October 12, 2011

fikir...


Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

coret coret coret


salam dan selamat petang kepada semua!!!

hari nie mood kuh ok jew tak dew masalah pape pun...
dan kuh rasa mau menekan nekan dan menaip naip hehehehhehe (gila dah mari)

kuh nk share cikitlah teNtang CINTA...
semua penah alami musim cinta mcm mane kan,rasa rindu,rasa sayang,rasa caring,mmmmm rasa pew lg yea!!!! boleh kata bercinta nie mmg indahlah...segala galanya kita akn rasa indah bila bersama dgn owg yg kita sayangkan....pew yg kuh boleh kata cinta mmg seronok kuh akui teramat sgt...

kuh sndri penah alami hal demikian rupa...(^-^)
segala gala tentang cinta pahit manis kuh udah rasa...
alhamdulilah cinta nie mgajar kuh erti kehidupan sbnarnya...
pew yg menarik bg kuh cinta pertama tak berjaya,akhirnya kuh bgun dan berdiri dikaki sendri(betul kata owg cinta pertama tidak semestinya kejinjang pelamin dan tidak semestinya indah) kuh pegang prinsip itu sampai skrg...
kerna cinta kali nie mmg mencabar wat diri kuh...pasainya kuh tidak bergantung padanya sgala nya kuh mampu wat sndri..kerna cinta yg dulu adalah pngajar wat diri kuh...

syukur alhamdulilah kerna allah pisahkan kuh ada hikmah disebalik kejadian(^-^)
dalam bercinta nie sbnrnya ajar kita menjadi matang dalam perhubungan,dalam bercinta nie jgaklah mgajar kita erti kepayahan ...kini kuh payam segala gala...

kini kuh hanya mengharapkan segala galanya berjalan seperti yg dirancang dan kuh mahu yg terbaik wat diri kuh dan (...) insyaalaah dgn izin allah,allah makbulkan permintaan kuh.....

Wednesday, October 5, 2011

kuasa allah

hari nie ku nak ucap SYUKUR yg teramat sgt2..........

allah makbulkan doa kuh sbb kuh adik dan mak dlm keadaan teranaya...

beberapa minit akhirnya kete ford dpt jugak bergerak...

mmg kuh akui tak tahu pasai enjin kete tapi pew yg kuh godek godek akhirnya start jua kete..

syukur tak terhingga kuh....

kuh lihat muka mak dah len muka "mendung" dlm kuh lmelihat smbil2 kuh berbisik mohon doa dari allah..

syukur alhamdulilah....

kuh berazam sgt2 kumpul modal kuh nak beli umah dan kete sndri ..bawak adik adik dan mak kuh pi jauh dari sni...

kuh nak lihat mak tersenyum kuh janji takkan wat die sedih...

dan kuh janji kuh akn sentiasa dew disisi die..

kuh phm pew yg die rasa ketika nie.."bersabarlah mak..akk janji akk bantu mak akn akk bawak mak kemane jew lepas nie" itu jnji akk

p/s: tak semestinya kita akan berada diatas adakala berada dibawah terasa peritnya...

Sunday, September 18, 2011

tak suka!!!

hmmmmmmm payahnya kan bila kita nk berjaya nie...
bila tanya keje pew??dah jawab boleh ckp sape yg nak beli??sapa yg nak pakai??ntah2 pakai sndri kan...
helllooooooo business nie bkn ko buka jew trus owg nak masuk nk beli ok..
bru buka ramai yg tak tahu so slow slowlah ingat buka trus dpt pelanggan mcm tue..isk kalo tak tahu jgnlah nk perlekehkan dan tgok owg tak mampu nk wat....
pew la pemikiran skrg ???JELES sbb ko tak mampu nk wat???
kuh bukan nk berlagak or pew tp kuh suka tak suka bila sesuatu perkara yg kita nak wat or majukan ptt dew la sokongan moral yg blh membantu owg len naek ..nie ko perlekehkan ...
ko pikir ko dah cukup bgs ...belajar lah cikit hormat owg len.....ramilah owg dok mgata ko ...cuma kuh jew jew masuk telinga kiri kuar telinga kanan..sbb kuh malas nak amek pusing hal ko..tapi kali nie ko btoi2 mlampau ...hak kuh biarlah kuh nak wat pew...kuh yg nak wat semua nie jadi untung rugi kuh yg tgunngggg.....
pamily kuh pun tak dew masalah bg sokongan lh ko Sape?????
Kuh wat semua nie nak dew kepuasan dlm diri kuh...nak rasa mcm mane payah wat perniagaan,nak rasa pulangan modal sndri,nak rasa bekerja sambil kira stock...(kuli tapi bos) ko tak paham pasai tue ko ckp mcm tue....
lg 1 ko nak stdy ko pnya pasailah tak dew kena mgena dgn kuh...kuh dgn cara hidup kuh so tak payah myibuk....


mood:kecewa dgn sikap manusia yg penuh dgn dengki..

Tuesday, September 6, 2011

bercakap,bercakap dan bercakap...

hmmmmm mcm mane kuh nak mulakan yea... terlebih dahulu kuh ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. mcm nie ceritanya sepanjang kuh berada di rumah mak ada makcik nie tanya " kamu dah berpunnya kew? kuh muka dah berkeruk makcik tue tanya lg "kalo blm blhla jadi menantu makcik" kuh pun ckplah "sy bru keje makcik,rupa pun tak dew,harta pew ntah lg,makcik carilah owg len" hakhakhakahhakhak makcik tue "makcik tawlah kamu ank tauke msti hantaran kamu mahai makcik tya jew...lgi pun tgok pd jari kamu sudah semestinnya kamu dah berpunya... mak yg dew disebalah pun tergelak (yg sebenarnya cincin tue arwah atok yg bg) nie len kes plk... situasinya di kedai makan sedang leka tgu mkan makcik kawan mak "kak long bile lagi nak wat nasi minyak" kuh jawab "la...cik nie buka kedai makan watlah nasi miyak bkn ssh pun" mkcik tue gelak "bkn e2 la maksud makcik kamu bila nak kawenya" hakhakhkakhakhak kuh gellak pai kuar air mata "sabarlah cik oooiiiiii bru keje utang belajar byk nie cik ooiiiii" kes kali nie di rumah wan paktik kuh "pai ate ko kan nak bertunang tak bg taw dew plk owg kol paktik bg taw ko nk bertunang" dlm keadaan terpinga pinga "mase bila paktik akk nak bertunang akk bg taw la..nie mane la berita dan sape la yg sampaikan nie" kenapa kuh dah kena kawen sgt kew??? adoihai naek pening jga kuh pikirkan nie... tuk kalian semua jgn wisau dew jodoh akn kuh jempot semua owg .. bg kuh lepaskan hajat tuk wan dan kukuh kewangan isyaallah semuanya kuh akur... amin...segala2 allah tentukan wat kita semua mae yg baik akan termakbur jua...

Saturday, August 27, 2011

alphard v6












adoihai..
hari nie kuh nak share dgn ko owg semua...
kereta kena langgar hari nie..
teruknya ...
first time kami sekeluarga tak beraya bersama alphard..
sedih tgok kereta kesayangan abah ...
hmmmmmm ko owg nak taw tak...kami langgar pew td???
kami langgar seekor lembu..adoi kesian lembu tue tgok dah berdarah2 tapi apa kan daya lembu dah blah pi kemane..
harap2 lembu tue ok la...
dalam kemalangan tadi kuh,kedinn,angah dan wan...tak dpt kuh nak gambarkn keadaan masa tue..hanya mgigil satu badan ...
yg pelik mase kami kemalangan tk dew sape mau tlg hanya lihat jew...
selama nie hanya dgr kata owg langgar lembu blh mati..akhirnya kuh percaya kata kata owg setelah sendri telah mgalaminya..

alhamdulilah semuanya selamat tak dew pape..

tapi bila abah dtg ramai yg parking kereta tlg...

yea kami taw la kami tak peymes mcm abah ..hakhakhakhakhakhak..kereta telah pun di hantar kereta ke seremban agen toyota...

pengajaran berhati hati wahai kalian semua ketika memandu...

Sunday, August 21, 2011

sesuatu yg menarik ketika menutup






~Tanah suci MAKKAH (tanah haram)~











Mungkin terlalu lewat tuk kuh mencerita tentang umrah kuh kepada ko owg semua...
Tapi kuh mampu kata kan yg kuh MERINDUI rumah ALLAH..
Disanalah kuh mendapat ketenangan yg kuh tidak sangka sangkakan selama nie..
Setiba kuh dimakkah pada jam 9.00 mlm(waktu arab saudi) ketika itu kuh dlm keadaan mamai maklumlah bru bgun tdo...
Setelah turun dari bas kuh melihat keadaan yg sama seperti di madinah...
Hotel kuh adalah hotel hijjazz mmg tempat yg bagus kerana dok di tengah2 sebelah kiri adalah kedai menjual ice cream dan sebelah kanan kedai ayam goreng...
Kami telah diberi 1jam tuk menghantar beg2 ke dalam bilik masing dalam mase yg masa boleh mgambil wuduk atau mmbersihkan diri masing2...tempoh sejam kuh byk rehatkan diri....
Kuh mula kan langkah menunjuk tempat tuk bersaie dan tawaf...mulanya kuh biasa jew tak dew feeling pape,makin dekat kuh melihat 1 cahaya yg bersinar yg sedang owg berebot tuk memasuki...hanya kuh mampu berkata “ya allah” “ya allah” “ya allah” “ya allah” indah sungguah ciptaan mu....
Kuh mula dgn langkah kanan memasuki pintu 87 dah mgambil selipar masuk ke dalam sarung msing2....kini kuh mula menglangkah masuk ke dalam perlahan lahan kuh mghayati keadaan disekeliling kuh...damai tenang kuh melopong melihat pai angah menegur kuh “ akk tutup mulut tue”,ketika itu kuh tidak mempeduli kata2nya...kuh teruskan perjalan tuk melakukan tawaf sebelum kuh melakukan tawaf tuk pertama kali nya....kuh singgah tuk minum air zam zam...kuh pelik mcm mane air zam zam kuh minum di malaysia seperti kelat tapi disana seperti air kosong dgn laju kuh minum 2cawan dan paling unik nya air tersebut sejuk seperti berada di dalam peti....dalam ate kuasa allah....sambil kuh minum kuh terpandang sesuatu yg selama nie hanya kuh lihat di kaca tv..kini berada didepan mata.....”ya allah kini kuh percaya kuh berada di rumah mu dan syukur kerna kau menjadikan kuh sebagai tetamu mu”...selesai kesemua jemaah minum ..kami menunjuk ke kaabah kuh melihat tanpa berkelib kelib....
Kuh teruskan niat tuk tawaf sepanjang tawaf 7kali kuh dpt ketenangan yg kuh mahukan selama nie..sesungguhnya amat tenang jiwa kuh...kuh tidak mghiraukan mahu pun kuh tringatkan sesiapa pun atau kisah silam ...ketika itu kuh mendapat ketenangan dan amal sahaja dalam pikiran...selesai tawaf kuh dan jemaah len mmbuat solat sunat tawaf ketika itu “AIR MATA” kuh mgalir deras kerana kuh melihat ciptaan allah yg mahu kuasa dan menjadikan kuh tetamu istimewa....dan kuh dpat melihat air mata adik kuh alang mgalir sebab die payah mau kuar kan air mata...wan,angah dan sumaiyah pun begitu jua...mgalir air mata kesyukuran...=)
Selepas menunaikan tawaf kuh mulakan perjalanan tuk membuat saie sebanyak 7kali juga...tapi kali nie wan tidak bersama kami kerna die tidak berjalan seperti kami die mgunakan kerusi tolak......dalam keadaan yg penat kami teruskan perjalanan kami melakukan saie..kuh bersama angah berhenti seketika kuh bertanya “angah kipas nie slow jew geraknya tapi kenapa angin die terasa sejuk” kami berdua diam tuk beberapa minit lalu angah mjawab “kuasa allah kita tak taw”
Kuh pun angguk tanda setuju dan meneruskan saie..selesai saie kami sekeluarga jumpa kembali dan menuju pulang ke hotel tuk berehat alang,angah,sumaiyah dan wan kuh lihat letihnya,dgn mata yg kuyu...tapi dalam kepenatan mereka membawa satu kegembiran yg sukar kami gambarkan...alang tidak join kami balik die meneruskan amal ibadahnya sebanyak 2ari die tak tido..kuh bangga melihatnya..kerana kami bertiga membawa tujuan yg sama....
Sepanjang berada di makkah kami tidak banyak shoping kami hanya banyak berjalan dan melakukan tawaf dan saie...mcm2 pegalaman berada disana semua dalam keadaan yg baik belaka..biar pun cuaca panas e2 bukan pghalang tuk kami melakukan amal ibadah..
Yg kuh RINDUKAN sangat berebut rebut tuk melakukan solat jemaah,ada yg sanggup bertolak tolak ..hehehehe pengalaman kami ketika dok dalam saff adalah 1 minah arab suruh kami berganjak tapi wan kata “jgn bergerak dok jew die yg lbt nak swh kita dok tmpat len plk”hakhakhakhak ketika e2 kuh dpt melihat ketegasan wan sbb selama nie die hanya lembot pew yg berlaku terhadapnya...
Ketika solat jemaah kuh akan bersebelah dgn gadis gadis arab...subahanaallah mereka seperti bidadari sungguh cantik...pttlah mereka menutup separuh dari muka hanya mata dpt kita tonton...dan disana bermacam2 gaya solat dan bacaan yg kuh dpt lihat dn dgr...

Doa kuh “ya allah kua jemputlah kuh tuk kembali menjadi tetamu”insyaallah rezeki kuh pi tahun depan....amin dgn izin mu...


Wednesday, August 17, 2011

Berdoa di Bukit Jabal ar-Rahmah di Padang Arafah







ingin kuh kongsikan pengalaman ketika berada di padang arafah,
sebelum berangakat ramai yg mngatakan doa tuk jodoh akan termakbul..
tapi kata ustaz jgn terlalu taksub dgn pew yg mereka kata,
bagi kuh ketika pai kuh telah memasang niat didalam hati ...
pew yg di doa kan adalah rahsia...(heheheehe) tp yg kuh boleh kan disana kuh sempat mengukir seseorang nama yg kuh SAYANG....
ko owg nak tahu cerita kelakar tak??
turun dari bus angah berkata "wan dah pai padang arafah pew lg doa la tuk dpt jodoh"
wan "taknak wan dah tua2 nak jodoh pew,ko owg tue yg muda2 ptt doa dpt jodoh yg baik"dgn muka wan ketika e2 malu dan merah..dgn ketika kuh sdang berdoa hampir tergelak kuh dibuat ketika itu..mcm2 gelagat angah ..adoihai...

disitu juga kuh telah dilamar tuk menjadi isteri ke 4...
ketika itu angah tergelak kena kan kuh...minta simpanglah semua tue..tapi kuh taw ustaz hanya berguaw...

kuh kagum dgn alang..die snggup naek ke atas mgukir nama dan arwah kekasihnya..bertapa sayang beliau terhadap arwah..kuh turut bersimpati..kami hanya berkata "alang jodoh hanya allah yg tentukan begitu jua ajal..allah menjempot arwah sofea sbb allah myayanginya..akhirnya tumpah jua air matanya"



serba sedikit cerita ADAM DAN HAWA...

Apabila Nabi Adam dicampakkan ke bumi kerana dosa yang telah dilakukannya, baginda telah bertaubat dan beristighfar selama beratus-ratus tahun hinggalah baginda dipertemukan dengan Hawa di padang Arafah.

Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah. Oleh kerana pentingnya, beristightar dan bertaubat, maka ia hendaklah menjadi amalan harian kita. Ia juga merupakan amalan yang boleh meningkatkan semula rezeki kita setelah kita melakukan banyak kesalahan atau dosa.

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Bagaimana Beistighfar:

Beristighfar ialah mengucapkan perkataan Astaghfirullah hal Azim. (Aku mohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung) diikuti dengan meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan. Dari segi perbuatan, ialah meninggalkan kesalahan yang telah kita lakukan. Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah bermaksud, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” (Nuh: 10)

Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.

Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya: “Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Nuh: 10-12)

Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar. Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
pengalaman yg sukar kuh lupakan..

Sunday, August 14, 2011

hampir..

sudah 14 hari kita bulan yg penuh dgn kemuliaan...
kejap masa berlalu..terasa kejap dan masa mencemburu masa yg ada...
beginilah kehidupan kala kita leka dgn kehidupan kita pai terlupa masa menghampiri kita ...
kuh rindukan ramadan seperti nie..ntah kuh sendiri tak taw kenapa ..tpi bg kuh ramadan dew la segala gala wat kuh.......

mlm nie kuh rasa tenang sambil dgr lagu sami yusuf...
kuh tak serabot kuh rilex jew....
alhamdulilah nie yg kuh mahukan...
tpi kerasa kehilangan dlm masa yg sama....

isk
isk
isk
perasan kamu suka taw mcm nie.





.

Wednesday, August 10, 2011

hon hon hon





insyaalaah rezeki tahun nie nak beli kereta...

hujung tahun nie dgn izin allah (mini cooper)(nissan latio)

tapi bukan 2 sekali yea...

salah satu jew ...

senang bila dah dew aset sendiri...

so sudah taw susah senang bila dah pakai sendiri

so dah taw mcm mane nak hendal duit


mak ckp : besar dah ank kuh so pandai2lah berjimat dlm smua hal...pew pun mak ada..

hehehehehhe


kuh : mekasih mak...bg semangat selama nie...


sami yusuf....











Born


>July 1980 (age 31)
Tehran, Iran
Genres Spiritique
Occupations musician, composer, producer, multi-instrumentalist, singer-songwriter
Instruments piano, keyboard, violin, tar, santour, tombak, oud, tabla
Years active 2003–present
Labels ETM International 2009–Present
Associated acts Ian Brown, Sezen Aksu, Conner Reeves
Website SamiYusufOfficial.com


Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)
Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)
Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)
Oltof binaa
(Show gentleness to us)



*sesuatu yg menarik tuk kuh share bersama ur all semua <3<3<3

Monday, August 8, 2011

tok tok tok

lamanya kuh tak merepek merepek dlm blog kuh...
mmg dah bersarang blog kuh nie...
hmmmmmmmm ari kuh rasa nak menaip tapi.....
tak taw nak coret pew tuk ko owg semua...
pew yea???Cer bg idea pd kuh....
kuh RINDU sesuatu apabila dgr lagu sami yusuf di omo di allah...
cuba ko owg dgr...dew tersirat da tersurat disini...
hampir semigu pose akhirnya dpt gak kuh ketemui lagi nie..kuh dpt sesuatu feeling mse kuh di tanah suci...
feeling nie yg kuh RINDU kan setelah berbulan kuh meninggalkan tanah suci MAKKAH...

kuh harap thun dpn dptla pergi lagi..(amin)
berbicara pulak soal ate..

pew yg ko owg gambarkan??
ha...mesti cinta cintu nie..ntahlah bg kuh soal cinta nie serook sbrnya..tapi bila dtg kesakitan payahlah nak ubot ....


yg peting ate kita kena happy tak usahlah pikir owg len.diri kita yg penting...