Followers

Wednesday, August 17, 2011

Berdoa di Bukit Jabal ar-Rahmah di Padang Arafah







ingin kuh kongsikan pengalaman ketika berada di padang arafah,
sebelum berangakat ramai yg mngatakan doa tuk jodoh akan termakbul..
tapi kata ustaz jgn terlalu taksub dgn pew yg mereka kata,
bagi kuh ketika pai kuh telah memasang niat didalam hati ...
pew yg di doa kan adalah rahsia...(heheheehe) tp yg kuh boleh kan disana kuh sempat mengukir seseorang nama yg kuh SAYANG....
ko owg nak tahu cerita kelakar tak??
turun dari bus angah berkata "wan dah pai padang arafah pew lg doa la tuk dpt jodoh"
wan "taknak wan dah tua2 nak jodoh pew,ko owg tue yg muda2 ptt doa dpt jodoh yg baik"dgn muka wan ketika e2 malu dan merah..dgn ketika kuh sdang berdoa hampir tergelak kuh dibuat ketika itu..mcm2 gelagat angah ..adoihai...

disitu juga kuh telah dilamar tuk menjadi isteri ke 4...
ketika itu angah tergelak kena kan kuh...minta simpanglah semua tue..tapi kuh taw ustaz hanya berguaw...

kuh kagum dgn alang..die snggup naek ke atas mgukir nama dan arwah kekasihnya..bertapa sayang beliau terhadap arwah..kuh turut bersimpati..kami hanya berkata "alang jodoh hanya allah yg tentukan begitu jua ajal..allah menjempot arwah sofea sbb allah myayanginya..akhirnya tumpah jua air matanya"



serba sedikit cerita ADAM DAN HAWA...

Apabila Nabi Adam dicampakkan ke bumi kerana dosa yang telah dilakukannya, baginda telah bertaubat dan beristighfar selama beratus-ratus tahun hinggalah baginda dipertemukan dengan Hawa di padang Arafah.

Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah. Oleh kerana pentingnya, beristightar dan bertaubat, maka ia hendaklah menjadi amalan harian kita. Ia juga merupakan amalan yang boleh meningkatkan semula rezeki kita setelah kita melakukan banyak kesalahan atau dosa.

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Bagaimana Beistighfar:

Beristighfar ialah mengucapkan perkataan Astaghfirullah hal Azim. (Aku mohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung) diikuti dengan meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan. Dari segi perbuatan, ialah meninggalkan kesalahan yang telah kita lakukan. Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah bermaksud, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” (Nuh: 10)

Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.

Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya: “Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Nuh: 10-12)

Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar. Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
pengalaman yg sukar kuh lupakan..

No comments: