Followers

Saturday, August 4, 2012

Lamenye

Hmmmmmmmmmmmmm.... Lamanya tak mgarang2 kat blogger ney...byk btoi sarang yg bersawang kat sini yea....cian.... Hmmm pose kah kalian semua??????? Harap cukuplah yea...mlm ney dew cikit kelapangan pasal lepak tgok suasana mlm dgn adik dew (nana) hehehehe die teman pasai kuh ney penakot sowang2 heheheheheh... Lame gila tak lepak kat luar asyik kerja jew..sekali lepak tgok mlm ney wah aman jew.... Dok sambil ditiup angin yg sempoi hehehehe kuh rasa lapang sekali...sesekali timbul gak perasaan yg kuh rasa ....... Tp semua tue perasaan yg allah bg tiap manusia tuk kita rasa nikmatnye... Kuh akui semakin kuh mningkat usia kuhpaham pew tue kematangan ...kepada sahabat kuh terimaksih kerna sudi mdengar segala keluahan biar pun kuh sering abaikan kamu...hehehehehehe dgn alasan bz bz bz bz..alhamdulilah sahabat kuh memahami keadaan kuh...syukur kerna kau ya allah bei kuh sahabat yg baik........tp mlm ney bukan isu pasal sahabat tp pasal kuh... Agak2 ko owg pew ye?...hmm mlm ney kuh tringat zaman dulu kala...agak nakal,agak degil,keras kepala...kelakar dew ..myampah ada...bila lepak tmpat mcm ney mulalah terlayan layan fikiran tue...heheheheh pew die yue rahsia hati kuh... Pew yg kuh nak coret lg pun kuh tak taw..yg kuh taw lepak mlm ney mmg terbaik...... Tuk kalian kuh rindu anda semua....mmmmuuuuuuaaaahhhhhhhhhhhhhh......

Sunday, January 15, 2012

mak oh mak..


"tak dew tak lawa barang ssh nak dpt,cri yg len" mak yg kata
"tak dew tak dew mau gak lawa smart unik" kuh yg berkata..
hakhakhakhakhakhak mak oh mak..
dgn mak la tempat kuh luahankan segalanya,biar pun bkn sepenuh tapi die tetap akn phm pew yg berlaku pd kuh serta adik2 kuh yg len..
dgn mak la tempat kuh tarik muka masam,dgn mak la tempat kuh bergadoh tak kira pew jua isu tetap membangkitkan isu itu jadi "hot"...tak kira la isu adik2 kuh kew..kesudahan kami akn gelak...e2 yg serik berlaku...
ape yg kuh mahu share kat sini adalah semalam...
ketika kuh leka duduk di loteng mak menghampir kuh...sambil berkata "lawakan bulan"
kuh tersenyum melihat....mak terus duduk disisi kuh sambil bercakap "mak tak sngka dah anak2 mak semua dan dewasa,maka akn tinggalkan mak "
kuh blur "maksud mak"
umur anak2 dah cukup dewasa tuk kamu semua pikir mase depan,
kuh sekadar mengelengkan kepala ...
kami diam tuk seketika...
kuh memegang tgan mak "mak mcm mane kita nak hadapi ari yg sukar"
mak kata " tak sukar kalo kita mempunyai teman yg cukup phmkan,tak kira pew yg owg pikirkan tntang jahat,tak baik,yg negatif sekali pun,1 ari pasti dew "yg memahami ate kak" bila?siapa? itu mak tak mampu jawab ...kamu yg ptt berserah dan tnye pd diri...
jgn dew kekesalan kemudian..dlm mencari jodoh bukanlah mudah...pew yg berlaku sebelum nie semua sudah allah tulis tuk diri kita...dan pew yg berlaku semua kenangan wat kamu...andai kita gagal dlm perhubungan sebelumnya itu takdir dan bukan jodoh serta buang sejauh yg mngkin..seelok doakan terbaik...mak dah terlalu awal makan garam dari kak mak taw pew yg terjadi pd kak..mak tak kisah asalkan akk taw baik dan buruk..dan jodoh tak kira cepat atau lmbt mak tetap restu..asalkan mak tutup mak dew yg mampu menjaga anak yg gedik ney (smbil tarik pipi kuh)...
akhirnya kami berpelukan akhir nya kuh paham pew mak cuba bagi taw pd kuh ....
mak insyaalllah diizinkan allah akk akn wat yg terbaik wat mak.....


doa kuh wat mak " ya allah izinkan memberi kesengan dunia akhirat(amin)

Saturday, January 7, 2012

=)

Sedingin embun yang menumpang di hujung rumput… sesekali terkena panahan mentari, sekilas tersilau bak berlian… “Siapalah kamu aduhai embun… hadir tidak disedari… pergi tidak diendah… hidup cuma menumpang… sebelum dikeringkan…”

Pilunya menjadi sang embun… namun… tanpa kilauan dan kedinginanmu wahai embun… dunia akan sentiasa bergleora dengan terik panas pancaran mentari yg tidak tahu damainya sebuah kedinginan…

Wednesday, December 28, 2011

coret kuh tuk kalian...




lame ...lame...lame...lame...
kuh tak mgarang ..huhuhuhu maklumlah kuh bz sejak2 ney & asyik tk chat jew...(berubah cuaca kot)...
ko owg semua pew cerita yea..mesti byk cerita yg menarikkan...
lagi 2 ari masuk thun baru so pew AZAM ko owg????
mesti dew kan....
mcm kuh ada 2 azam tuk thun baru ney..pew die???
nak taw...heheheheh mula sekali kuh mau dew aset tuk diri kuh (rumah or kereta) kedua kuh mahu tunaikan janji pew die hanya maha esa yg mengerti heheheh..
mcm thun lps kuh dah laksanakan azam kuh e2 tuk berhijab alhamdulilah dgn allah kuh mampu lakukan hingga kini...
dan kuh mohon kuh dpt laksanakan zam kuh tuk thun depan....
2011 mmg byk yg kuh lalui tak kira pahit manis semua kuh dah rasa e2 yg mematang kuh ......byk yg myedarkan kuh dari semua aspek...
ha... soal thun baru umur pun baru gak hehehehehe makin dewasalah kuh ney...
kepada sahabat yg sudah mendirikan masjid & bertunang & dapat baby tahniah kuh ucapkan...moga bahagia dunia akhirat hendaknya=)

bebelan kuh = selamat datang tahun 2012...

Friday, October 28, 2011

bunga ros







ceh wahhhh...

kadang kala kuh try sesuatu yg len


hehehehehehehehe

hasilnya

Monday, October 17, 2011

kerinduan...

betoi betoi mengamitkan KERINDUAN kuh kepada si Dia
keRINDUAN yg payah kuh dapat...
Meronta Ronta KUH mahukannya...
Bilakah kuh akan kembali ke TANAH HARAM (MAKKAH)
bila datang rindu mcm nie mulalah kuh meronta ronta mahu kembali,suasana amatlah berbeza berbanding di malaysia dan di tempat yg len..(ko owg patu ke sana).. cara solat,rasa percakapan(sudah semestinya),perniagaan, serba serbi berbeza...
sana kuh lebih tenang berbanding disini..tiada mimpi yg ngeri,tidak masalah yg kuh pikir semuanya aman dan tenang memang disanalah kedamaian yg kuh cari..
insyaallah kuh akan kembali ke sana lg...(go go go kumpul wangnya)

Sunday, October 16, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.